Classified Ads |
Description : KUASA SOLAT DUHA Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi : Allah SWT berfiman : "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau meninggalkan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat duha) nescaya pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir harinya." (Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi) Rasulullah SAW bersabda, " Solat awwabin (orang yang suka taubat) waktunya adalah ketika unta merasakan panas." (Hadis riwayat Muslim, Ad Darimi dan Ibnu Hibban) Abu Hurairah berkata, " Kekasihku Nabi SAW mewasiatkan kepadaku dengan 3 perkara yang tidak akan aku tinggalkan, iaitu agar aku berpuasa 3 hari setiap bulan, agar aku tidak meninggalkan dua rakaat solat duha kerana ia adalah solatnya orang-orang yang sentiasa kembali (bertaubat) kepada Allah, dan agar aku tidak tidur malam kecuali setelah witir." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
| |||||||||||||||||||||